Friday, August 6, 2010

Kenangan Bersama Allahyarham PM Dr Rosman

Assalamualaikum...

Awal pagi jumaat aku dikejutkan dengan sms dari kak ijam berkenaan dengan pemergian Dr Rosman keRahmatullah...AlFatihah...terus terkedu aku seketika...baru 2 hari yg lepas, kami ingin menziarahinya dirumah, tetapi beliau dimasukkan ke hospital...Bila dingattkan kembali, banyak kenangan dengan Allahyarham...beliau sering menjadi tempat rujukan ku...lagi2 pulak sewaktu mula2 bergelar pensyarah di uitm perak....
selepas beliau pulang dari uk dan bergelar DR...berliau berkhidmat di uitm shah alam...waktu tu aku sibuk menyiapkan proposal untuk phd...beliau terus dijadikan tempat rujukan dan nasihat serta mendapatkan motivasi didalam meneruskan pelajaran....banyak lagi cerita yang inginku kongsi bersama berkenaan dengan Allahyarham...tetapi...semakin cuba ku ingati...semakin sedih pulak rasanya...biarlah ianya menjadi satu semangat untuk aku menyiapkan phd ku ini....Dr Rosman....kami (saya, ijam, yati dll akan sentiasa mengingatimu....) Al-Fatihah....

1 comment: