Sunday, December 19, 2010

Kenduri lagi

Entry kali ni pun masih berkenaan dengan majlis orang kahwin...kali ni adalah anak saudara sebelah suamiku....sampai-sampai terus makan...lagipun perut pun sememangnya tengah lapar hehe
ini adalah pengantinnya...Liana dan pasangannya shahril...tahniah buat kalian berdua
yang dua beradik ni apa lagi, terus tunduk makan tanpa pedulikan orang lain hehe
sambil makan..sempat juga ibu ambil gambar..apa lagi senyum senget jer si adam ni
dalam mulut tu ada nasi..tu yang tak boleh senyum lebih2 tu

Monday, December 13, 2010

musim orang berkahwin

Setiap kali cuti sekolah, mesti ada undangan perkahwinan..kali ni adalah undangan perkahwinan ke Melaka..bandar bersejarah...pagi2 lagi kami dah keluar...b'fast dekat R@R jer hehe
Sambil tunggu makanan tiba, so apa lagi, sesi bergambar...Adam jadi cameraman hehe

Kali ni giliran ibu pulak ambil gambar..takde muka lain ler nampaknya hehe



Bila sampai rumah orang kahwin (sedara sebelah suamiku), terus pi bersalaman..gambar pengantin tak boleh letak coz nanti tuan punya badan marah pulak....



Selepas makan, berjumpa saudara mara...Adam dah kepenatan...dia cakap "ibu, bila kita nak balik nie"...sabor jer ler...



Monday, October 25, 2010

Aisyah dan Chiko

Entry kali ini berkenaan dengan Aisyah dan kucing kesayangannya Chiko...sebenarnya bukannya apa...kesinambungan dari ibu tension sebab setiap kali pi klinik dan kedai pets dekat Bukit Jelutong tu, Dr selalu takde...dah 3 kali pi ulang alik...dah ler kita balik kerja lewat....Klinik tu kononnya tutup pukul 9.00pm, yang kita ni punyalah datang pkul 8.00pm...tup2 Dr dah balik...ada ker patut...kesian chiko..badan dia naik gatal2 disebabkan mungkin lepas boardingkan dia waktu balik raya dulu...sabor jer ler..ni kira entry lepas tension ler ni hehe
si chiko ni pun pandai nak bermanja dengan aisyah...kalau dengan ibu, mesti dia selalu kena marah hehe

chiko juga adalah kucing yang pemalu...tak suka tengok camera ...ada ke betul???tapi sedih sikit sekarang ni...sebab kulit dia gatal2 tu, so banyak bulu dia gugur...harap2 esok adalah Dr tu...


sebelum Aisyah dan Adam tidur...chiko akan cepat2 naik tangga dan berbaring atas tilam ibu...sabor jer ler hehe...bertuah punya kucing



Saturday, October 23, 2010

Tarikh 10.10.10

Sambil kak long dan abg long pi order makanan, kami jalan2 tepi muara sambil melihat matahari turun...punyalah happy budak2 ni, termasuklah opah dan bibik..waktu ni muka Adam tak bersiri sebab baru bangun tidor
Dari lanser murah ibuni, maka jadi ler dapat ambil gambar ni buat kenangan hehe...cantik jugak kan hehe

Abah dan suamiku yang kekenyangan, waktu makanan tiba, tak sempat nak snap gambar, almaklumlah..sibuk hehe


Abah, mak dan amirul yang tak sabar nak tunggu makanan tiba



Sessi melicinkin makanan...waktu ni budak2 semua dah habis makan dan main2 dikawasan sekeliling, kami tetap teguh menghabiskan makanan hehe




Lambat ler entry ni...bukannya apa..takde masa nak duduk depan computer hehe..nak kenangkan tarikh cantik ni, so kami sekeluarga termasuk keluarga kak long bawa mak dan abah pi dinner dekat tepi laut muara sambil melihat matahari turun hehe...jadiler kenangan...hehe

Wednesday, October 6, 2010

ke LONDON

Sambungan cerita tour UK 2010 hari tu, kali ni we all jalan2 ke london pulak memang menarik dan ramai sangat manusia...sebab tu, kami ambil keputusan untuk menaiki bas jer ke kota london...seharian pusing kota london...capek di buatnya hehe...bila petang baru sampai london bridge..sebab tu ler muka semacam jer..makeup dah habis dah hehe
Ibu dihadapan Bond cafe..Restoren malaysia..lega dapat jumpa tempat yang boleh di makan hehe..ibu pun apa lagi..'teh tarik satu hehe'...haa dalam gambar tu, perut ibu nampak buncit sebab dalam baju tu ibu simpan glove hehe..jangan salah faham

geram betul kami dengan cameraman pada hari tu (othman, jangan marah ye)..mana taknya kami punyalah bergaya sakan depan london bridge tu, dia ambil gambar tak guna flash..ada ke patut...



ibu suka gambar ni...waktu ni kami nak balik ke stesyen bus, so kena nak tube...inilah hasilnya gambarnya


muka-muka tension apabila salah naik tube...so kena pi cari tube lain pulak...sabor jer waktu tu...nasib ler aisyah dan adam tak ikut ibu, kalau tak mesti minta dukung punya hehe




Tuesday, October 5, 2010

ke GLASGOW

ke GLASGOW

ke GLASGOW SCOTLAND - sambungan tour UK

dari liverpool, we all terus naik ke atas iaitu ke Glasgow...sepanjang perjalanan, kami banyak berhenti kerana bergambar (dalam hati..masing2 termenung coz teringat kembali kenangan 13 tahun yg lalu hehe)...bukannya apa..alang2 sampai, biar ambil gambar sebagai kenangan semua tempat yang menarik...sampai jer glasgow, kami terus kerumah kawan dan juga jiran sekampung ibu iaitu Acham dan Husna untuk bermalam...terima kasih kerana melayan kerenah kami ni hehe

Tour UK-cont'd Ke Glasgow

Entry kali ni adalah sambungan dari tour UK ibu dan kawan2 pada Mei 2010 lalu. Kali ini cerita pasal pi Glasgow pulak...dari liverpool we all terus ke glasgow...cantik sangat pemandangan disekeliling...sampai glosgow terus singgah dan tidur di rumah kawan dan juga jiran sekampung ibu (Acham dan Husna)..terima kasih kerana melayan karenah kami berempat hehe...

Sunday, October 3, 2010

Beraya di rumah Jua

antara kawan2 yang hadir termasuklah tuan rumah...tq Jua...
Di belakang rumah Jua

di hadapan makanan yang disediakan...lepas tu kami pun menikamatinya sehingga bawa balik kerumah hehe


Ni sebelum pergi rumah Jua, sempat singgah ke rumah Ani..so terus melawat kawasan rumah dia hehe



Dirumah Ani...sementara menunggu kawan2 yang lain sampai....




last week ibu dan kawan2 seperjuangan pi beraya ke rumah Nur maizura...best sangat, masing2 bawa makanan untuk memeriahkan keadaan...tuan rumah pun ada resepi istimewanya hehe...sekali sekala berjumpa ni..lupa segala masalah ....

Saturday, October 2, 2010

Beraya Rumah Kawan2

Salam..last week ibu beraya di rumah Nur Maizura..terima kasih kepada tuan rumah keranamenyediakan tempat untuk berkumpul...masing-masing membawa makanan masing2...waktu ni, hanya ibu2nya sahaja yang beraya...anak2 masing2 pie sekolah hehe..almaklumlah event dibuat sewaktu hari bekerja hehe..

seronok sangat waktu tu.....

Friday, October 1, 2010

Berhari Raya di rumah kawan-kawan

Salam...entry kali ni adalah merupakan cerita berhari raya di rumah Ani dan Jua..seronok sangat apabila berjumpa..lupa segala masalah..asyik2, makan, minum, makan, minum tak henti2...InsyaAllah nanti kita buat lagi yer hehe

Monday, August 9, 2010

ke liverpool

antara aksi bersama tuan rumah dan anak2nya hehe...teringat zaman muda2
dihadapan rumah pidot...waktu kami kami nak bertolak ke galsgow...pidot pula nak menghantar anak2nya kesekolah

didalam rumah pidot...


dari manchester kami bertolak pula ke liverpool menaiki kereta yag disewa...malam samapi kerumah yusfida ayu (pidot) yang menyambut kami dengan begitu meriah sangat...terharu sangat pidot...tq very much...kerja kami tak habis2..makan...makan...dan makan...hehe

Sunday, August 8, 2010

Manchester..sambungan

hari kedua conference di Manchester bersama kak ijam
hari ketiga...waktu ni hari presentation..hehe..sempat bergambar pulak tu hehe

lepas 3 hari berada di hotel, lepak pulak di rumah anis...tq anis


biasale..tak kira rumah orang pun kami boleh bergambar..sabor jer le...dibelakang rumah anis hehe



bersama anis dan kak baiya...suka sangat waktu ni hehe..sebab anis hidangkan kami daging kambing panggang..suka sangat




sambungan di manchester

Friday, August 6, 2010

Sambungan...

Kenangan Bersama Allahyarham PM Dr Rosman

Assalamualaikum...

Awal pagi jumaat aku dikejutkan dengan sms dari kak ijam berkenaan dengan pemergian Dr Rosman keRahmatullah...AlFatihah...terus terkedu aku seketika...baru 2 hari yg lepas, kami ingin menziarahinya dirumah, tetapi beliau dimasukkan ke hospital...Bila dingattkan kembali, banyak kenangan dengan Allahyarham...beliau sering menjadi tempat rujukan ku...lagi2 pulak sewaktu mula2 bergelar pensyarah di uitm perak....
selepas beliau pulang dari uk dan bergelar DR...berliau berkhidmat di uitm shah alam...waktu tu aku sibuk menyiapkan proposal untuk phd...beliau terus dijadikan tempat rujukan dan nasihat serta mendapatkan motivasi didalam meneruskan pelajaran....banyak lagi cerita yang inginku kongsi bersama berkenaan dengan Allahyarham...tetapi...semakin cuba ku ingati...semakin sedih pulak rasanya...biarlah ianya menjadi satu semangat untuk aku menyiapkan phd ku ini....Dr Rosman....kami (saya, ijam, yati dll akan sentiasa mengingatimu....) Al-Fatihah....

Monday, May 31, 2010

Kuala Lumpur ke Manchester

Dekat Stadium Manchester....
just buat kenangan Selepas habis conference, janlan kaki pergi lawat museum hehe

Perjalanan yagn memenatkan hehe...13jam tanpa hanti..anyway tq MAS atas layanan hehe


Dua2 ni kerjanya meyendeng ke...bukannya apa...sejuk tu hehe...



Lepas pre-registration...terus pi shopping kat the lowry mall hehe




sebenarnya tajuk entry kali ni adalah dari Bote ke Manchester hehe....





best juga bila berjalan ke UK ni..tapi dalam hati TUHAN saja yang tahu betapa rindunya pada anak2 dan suamiku hehe

Kuala Lumpu-Manchester

Tuesday, April 27, 2010

Sedih sangat semalam

Yesterday...dalam pkul 6.45 petang, hujan renyai-renyai...badanku kepenatan kerana seharian berada di KL atas urusan kerja dan belajar...selepas berjumpa dengan nana di tesco extra...aku terus membawa kereta untuk keluar ke jalan besar.....aku memandang ke kiri, tiada kereta, aku memandang ke kanan, ada kereta tapi sangat perlahan...lantas aku terus menekan padel minyak untuk masuk ke kanan...tiba-tiba terasa kereta ku terlanggar sesuatu sehingga menyebabkannya terhenti...YA ALLAH aku terlanggar kereta dari sebelah kiriku....menggigigil seluruh badanku, lagi2 pulak melihat lelaki yang keuar dari perut kereta itu sangat besar orangnya dan garang.....keretanya tergeser dan sedikit lekuk..tetapi keretaku...Tuhan saya yang tahu...Alhamdulillah ler...nasib kawan ku nana masih ada disitu dan segalanya dapat diselesaikan....nampaknya melayang ler RM ku dan suamiku untuk membaiki kereta...ish isk isk...sedih ooooooo..satu pengalaman dan pengajaran buat diriku

Wednesday, April 21, 2010

sambutan birthday Aisyah ke 6 tahun

Adam dan Amirul habis makan kek sehingga menjilat pinggan hehe
2 orang sepupu yang tak boleh dipisahkan...Aisyah dan Yasmin

Happy jer bebudak ni bila disuruh bergambar


sampai juling mata anak ibu nak ambil gambar dengan kek



kek yang mulanya cantik..tapi hilang selepas 10 minit hahahaha




Salam...ini adalah entry yang lewat hehe..event ni adalah pd 6hb mac 2010 hari tu...hari jadi aisyah yang ke 6 tahun...waktu tu hari kerja...so ibu lepas balik kerja terus bergegas pergi beli kek dan jemput kak long dan poe sefamily datang rumah...waktu gambar ni diambil...family poe lambat sampai....anyway..ibu dan ayah doakan Aisyah Qaisara menjadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhirat...Aminnnn

Tuesday, March 16, 2010

Aisyah & Adam in wonderland

suka aisyah dan adam makan ice-cream
happy sebab dapat masuk wonderland

dapt row paling depan..ibu sempat snap gambar aisyah dan bibik


adam sebenarnya dah mengantuk...tapi alice punya pasal sanggup buka mata sampai habis movie



Ahad lalu, kami sekeluargajalan2 ke midvalley..tujuan untuk menonton alice in wonderland..sampai2 jer kuanter, ticket habis untuk hari tu..so, aisyah dan adam mengamuk ler tak dapat tengok movie...sambil fikir, ibu bawa mereka pergi jalan2 sekitar midvalley yang kebetulan ada membuat promosi alice in wonderland..so mereka punyalah seronok dapat berada dalam wonderland dan berposing sakan...lepas bergambar, kami ke little penang untuk lunch, lepas tu mereka minta ice-cream...tiba2, ibu terfikir, why not kita ker the garden punya cinema..nasib baik ada lagi ticketnya walaupun harga almost double dari tempat biasa. Lepas tu siap dapat tempat duduk paling hadapan...Anyway kami sekeluarga enjoy sangat....