Entry kali ni pun masih berkenaan dengan majlis orang kahwin...kali ni adalah anak saudara sebelah suamiku....sampai-sampai terus makan...lagipun perut pun sememangnya tengah lapar hehe
ini adalah pengantinnya...Liana dan pasangannya shahril...tahniah buat kalian berdua
yang dua beradik ni apa lagi, terus tunduk makan tanpa pedulikan orang lain hehe
sambil makan..sempat juga ibu ambil gambar..apa lagi senyum senget jer si adam ni
dalam mulut tu ada nasi..tu yang tak boleh senyum lebih2 tu
Sunday, December 19, 2010
Monday, December 13, 2010
musim orang berkahwin
Setiap kali cuti sekolah, mesti ada undangan perkahwinan..kali ni adalah undangan perkahwinan ke Melaka..bandar bersejarah...pagi2 lagi kami dah keluar...b'fast dekat R@R jer hehe
Monday, October 25, 2010
Aisyah dan Chiko
Entry kali ini berkenaan dengan Aisyah dan kucing kesayangannya Chiko...sebenarnya bukannya apa...kesinambungan dari ibu tension sebab setiap kali pi klinik dan kedai pets dekat Bukit Jelutong tu, Dr selalu takde...dah 3 kali pi ulang alik...dah ler kita balik kerja lewat....Klinik tu kononnya tutup pukul 9.00pm, yang kita ni punyalah datang pkul 8.00pm...tup2 Dr dah balik...ada ker patut...kesian chiko..badan dia naik gatal2 disebabkan mungkin lepas boardingkan dia waktu balik raya dulu...sabor jer ler..ni kira entry lepas tension ler ni hehe
Saturday, October 23, 2010
Tarikh 10.10.10
Sambil kak long dan abg long pi order makanan, kami jalan2 tepi muara sambil melihat matahari turun...punyalah happy budak2 ni, termasuklah opah dan bibik..waktu ni muka Adam tak bersiri sebab baru bangun tidor
Dari lanser murah ibuni, maka jadi ler dapat ambil gambar ni buat kenangan hehe...cantik jugak kan hehe
Abah dan suamiku yang kekenyangan, waktu makanan tiba, tak sempat nak snap gambar, almaklumlah..sibuk hehe
Abah, mak dan amirul yang tak sabar nak tunggu makanan tiba
Sessi melicinkin makanan...waktu ni budak2 semua dah habis makan dan main2 dikawasan sekeliling, kami tetap teguh menghabiskan makanan hehe
Lambat ler entry ni...bukannya apa..takde masa nak duduk depan computer hehe..nak kenangkan tarikh cantik ni, so kami sekeluarga termasuk keluarga kak long bawa mak dan abah pi dinner dekat tepi laut muara sambil melihat matahari turun hehe...jadiler kenangan...hehe
Wednesday, October 6, 2010
ke LONDON
Sambungan cerita tour UK 2010 hari tu, kali ni we all jalan2 ke london pulak memang menarik dan ramai sangat manusia...sebab tu, kami ambil keputusan untuk menaiki bas jer ke kota london...seharian pusing kota london...capek di buatnya hehe...bila petang baru sampai london bridge..sebab tu ler muka semacam jer..makeup dah habis dah hehe
Ibu dihadapan Bond cafe..Restoren malaysia..lega dapat jumpa tempat yang boleh di makan hehe..ibu pun apa lagi..'teh tarik satu hehe'...haa dalam gambar tu, perut ibu nampak buncit sebab dalam baju tu ibu simpan glove hehe..jangan salah faham
Tuesday, October 5, 2010
ke GLASGOW SCOTLAND - sambungan tour UK
dari liverpool, we all terus naik ke atas iaitu ke Glasgow...sepanjang perjalanan, kami banyak berhenti kerana bergambar (dalam hati..masing2 termenung coz teringat kembali kenangan 13 tahun yg lalu hehe)...bukannya apa..alang2 sampai, biar ambil gambar sebagai kenangan semua tempat yang menarik...sampai jer glasgow, kami terus kerumah kawan dan juga jiran sekampung ibu iaitu Acham dan Husna untuk bermalam...terima kasih kerana melayan kerenah kami ni hehe
Tour UK-cont'd Ke Glasgow
Entry kali ni adalah sambungan dari tour UK ibu dan kawan2 pada Mei 2010 lalu. Kali ini cerita pasal pi Glasgow pulak...dari liverpool we all terus ke glasgow...cantik sangat pemandangan disekeliling...sampai glosgow terus singgah dan tidur di rumah kawan dan juga jiran sekampung ibu (Acham dan Husna)..terima kasih kerana melayan karenah kami berempat hehe...
Sunday, October 3, 2010
Beraya di rumah Jua
Saturday, October 2, 2010
Beraya Rumah Kawan2
Salam..last week ibu beraya di rumah Nur Maizura..terima kasih kepada tuan rumah keranamenyediakan tempat untuk berkumpul...masing-masing membawa makanan masing2...waktu ni, hanya ibu2nya sahaja yang beraya...anak2 masing2 pie sekolah hehe..almaklumlah event dibuat sewaktu hari bekerja hehe..
seronok sangat waktu tu.....
Friday, October 1, 2010
Berhari Raya di rumah kawan-kawan
Salam...entry kali ni adalah merupakan cerita berhari raya di rumah Ani dan Jua..seronok sangat apabila berjumpa..lupa segala masalah..asyik2, makan, minum, makan, minum tak henti2...InsyaAllah nanti kita buat lagi yer hehe
Monday, August 23, 2010
Monday, August 9, 2010
ke liverpool
Sunday, August 8, 2010
Manchester..sambungan
Saturday, August 7, 2010
Friday, August 6, 2010
Kenangan Bersama Allahyarham PM Dr Rosman
Assalamualaikum...
Awal pagi jumaat aku dikejutkan dengan sms dari kak ijam berkenaan dengan pemergian Dr Rosman keRahmatullah...AlFatihah...terus terkedu aku seketika...baru 2 hari yg lepas, kami ingin menziarahinya dirumah, tetapi beliau dimasukkan ke hospital...Bila dingattkan kembali, banyak kenangan dengan Allahyarham...beliau sering menjadi tempat rujukan ku...lagi2 pulak sewaktu mula2 bergelar pensyarah di uitm perak....
selepas beliau pulang dari uk dan bergelar DR...berliau berkhidmat di uitm shah alam...waktu tu aku sibuk menyiapkan proposal untuk phd...beliau terus dijadikan tempat rujukan dan nasihat serta mendapatkan motivasi didalam meneruskan pelajaran....banyak lagi cerita yang inginku kongsi bersama berkenaan dengan Allahyarham...tetapi...semakin cuba ku ingati...semakin sedih pulak rasanya...biarlah ianya menjadi satu semangat untuk aku menyiapkan phd ku ini....Dr Rosman....kami (saya, ijam, yati dll akan sentiasa mengingatimu....) Al-Fatihah....
Awal pagi jumaat aku dikejutkan dengan sms dari kak ijam berkenaan dengan pemergian Dr Rosman keRahmatullah...AlFatihah...terus terkedu aku seketika...baru 2 hari yg lepas, kami ingin menziarahinya dirumah, tetapi beliau dimasukkan ke hospital...Bila dingattkan kembali, banyak kenangan dengan Allahyarham...beliau sering menjadi tempat rujukan ku...lagi2 pulak sewaktu mula2 bergelar pensyarah di uitm perak....
selepas beliau pulang dari uk dan bergelar DR...berliau berkhidmat di uitm shah alam...waktu tu aku sibuk menyiapkan proposal untuk phd...beliau terus dijadikan tempat rujukan dan nasihat serta mendapatkan motivasi didalam meneruskan pelajaran....banyak lagi cerita yang inginku kongsi bersama berkenaan dengan Allahyarham...tetapi...semakin cuba ku ingati...semakin sedih pulak rasanya...biarlah ianya menjadi satu semangat untuk aku menyiapkan phd ku ini....Dr Rosman....kami (saya, ijam, yati dll akan sentiasa mengingatimu....) Al-Fatihah....
Monday, May 31, 2010
Kuala Lumpur ke Manchester
Tuesday, April 27, 2010
Sedih sangat semalam
Yesterday...dalam pkul 6.45 petang, hujan renyai-renyai...badanku kepenatan kerana seharian berada di KL atas urusan kerja dan belajar...selepas berjumpa dengan nana di tesco extra...aku terus membawa kereta untuk keluar ke jalan besar.....aku memandang ke kiri, tiada kereta, aku memandang ke kanan, ada kereta tapi sangat perlahan...lantas aku terus menekan padel minyak untuk masuk ke kanan...tiba-tiba terasa kereta ku terlanggar sesuatu sehingga menyebabkannya terhenti...YA ALLAH aku terlanggar kereta dari sebelah kiriku....menggigigil seluruh badanku, lagi2 pulak melihat lelaki yang keuar dari perut kereta itu sangat besar orangnya dan garang.....keretanya tergeser dan sedikit lekuk..tetapi keretaku...Tuhan saya yang tahu...Alhamdulillah ler...nasib kawan ku nana masih ada disitu dan segalanya dapat diselesaikan....nampaknya melayang ler RM ku dan suamiku untuk membaiki kereta...ish isk isk...sedih ooooooo..satu pengalaman dan pengajaran buat diriku
Wednesday, April 21, 2010
sambutan birthday Aisyah ke 6 tahun
Adam dan Amirul habis makan kek sehingga menjilat pinggan hehe
2 orang sepupu yang tak boleh dipisahkan...Aisyah dan Yasmin
Happy jer bebudak ni bila disuruh bergambar
sampai juling mata anak ibu nak ambil gambar dengan kek
kek yang mulanya cantik..tapi hilang selepas 10 minit hahahaha
Salam...ini adalah entry yang lewat hehe..event ni adalah pd 6hb mac 2010 hari tu...hari jadi aisyah yang ke 6 tahun...waktu tu hari kerja...so ibu lepas balik kerja terus bergegas pergi beli kek dan jemput kak long dan poe sefamily datang rumah...waktu gambar ni diambil...family poe lambat sampai....anyway..ibu dan ayah doakan Aisyah Qaisara menjadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhirat...Aminnnn
Tuesday, March 16, 2010
Aisyah & Adam in wonderland
suka aisyah dan adam makan ice-cream
happy sebab dapat masuk wonderland
dapt row paling depan..ibu sempat snap gambar aisyah dan bibik
adam sebenarnya dah mengantuk...tapi alice punya pasal sanggup buka mata sampai habis movie
Ahad lalu, kami sekeluargajalan2 ke midvalley..tujuan untuk menonton alice in wonderland..sampai2 jer kuanter, ticket habis untuk hari tu..so, aisyah dan adam mengamuk ler tak dapat tengok movie...sambil fikir, ibu bawa mereka pergi jalan2 sekitar midvalley yang kebetulan ada membuat promosi alice in wonderland..so mereka punyalah seronok dapat berada dalam wonderland dan berposing sakan...lepas bergambar, kami ke little penang untuk lunch, lepas tu mereka minta ice-cream...tiba2, ibu terfikir, why not kita ker the garden punya cinema..nasib baik ada lagi ticketnya walaupun harga almost double dari tempat biasa. Lepas tu siap dapat tempat duduk paling hadapan...Anyway kami sekeluarga enjoy sangat....
Subscribe to:
Posts (Atom)